skip to Main Content

Surat Pengesahan Daripada Yayasan Amal Malaysia kepada Al-Hadi Academy


Korban Unta

Receipts (Tempahan yang dibuat direct kepada Al-Hadi Academy):

Sila klik untuk download resit dalam pdf format:

Unta 1-2
Unta 3-4
Unta 5
Unta 6-7
Unta 8-9
Unta 10-17

 

Receipts (Tempahan yang dibuat melalui Hajjah Norilah):

Sila klik untuk download resit dalam pdf format:

Unta 1-9
Unta 10

(Kecuali Puan Sharifah Bte Abdullah & Tuan Juwuahir Bin Agil – nama mereka berkongsi bersama unta 10-17 di atas)


Wakaf Mushaf Al-Quran

Resit Wakaf Quran (keseluruhannya) – Klik Sini untuk Download

Senarai nama-nama penderma – Klik sini untuk download


Jangakaan Waktu Perlaksanaan Korban

  1. Pusat Pendidikan Al-Bakarah (Ustaz Kazim): 10 Zulhijjah, Ahad, bermula pagi dan selesai tengahari. (Ustaz Za’iem dan rombongan akan ke sana untuk memantau)

  2. Aceh: 10 Zulhijjah, Ahad, bermula pagi dan boleh jadi selesai hingga akhir hari (Ustaz Sallim Jasman dan rombongan akan ke sana untuk memantau)

  3. Kemboja: 10 Zulhijjah, Ahad, bermula pagi dan boleh jadi selesai hingga akhir hari. (Wakil daripada Team Qventure akan melaksanakan korbannya)

  4. Afrika: 10 -13 Zulhijjah, dari Ahad hingga Rabu) – Team Yayasan Amal Malaysia akan mengendalikan korban di sana. Sila baca penjelasan di bawah mengenai kenapa masa untuk menyelesaikan korban di sana makan masa lama.

 

*CATATAN – IMAM MUDA FAKHRUL (Tahun-tahun lepas) – Di bumi AFRIKA


“Ustaz, Lembu saya dah sembelih ke belum?. Dah panjang sangat dah kuku dengan bulu ni!”

———————————————-

Satu soalan yang sangat sukar untuk kami menjawabnya.. Bertalu-talu soalan ini pada hari ini?

Mari saya ceritakan situasi sebenar urusan penyembelihan disini. Walaupun ceritanya sangat panjang. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin..

Kawasan Rabak dan kawasan-kawasan pelarian tempat kami beroperasi di White Nile State khususnya kem pelarian Joudah, Salam, Jabalain dan Khartoum adalah kawasan berisiko tinggi dengan isu keselamatan menjadi isu utama. Penempatan pelarian yang mencecah hampir 1 juta pelarian. Masa menjadi musuh paling utama kami hari ini. Kami tidak boleh berada di kawasan terbabit melebihi pukul 4 petang. Sebelum jam 4 kami mesti bergerak. Kalau tidak mereka tidak mampu menjaga keselamatan kami..

SITUASI PROSES PENYEMBELIHAN

Kami diamanahkan untuk menyembelih lebih 600 ekor lembu dan hampir 1000 ekor kambing. Untuk menghabiskannya dalam masa sehari adalah satu perkara yang sangat sukar. Kenapa?. Saya senaraikan sebabnya..

1- Jumpah korban yang tersangat banyak dengan sumber tenaga penyembelih yang sangat sedikit. Kami sudah berjanji kepada para pemberi amanah untuk menyembelih sendiri korban-korban tersebut dan tidak mewakilkan kepada orang tempatan demi menjaga amanah. Bayangkanlah kalau tenaga lebih kurang 20 orang untuk menyembelih hampir 1600 ekor. Alhamdulillah Allah memberi kelonggaran proses sembelih sehingga habis hari tasyrik selama 4 hari.

2- Adakah langsung tak tandakan senarai penama yang sudah dilaksanakan korban mereka?. Tidak!. Memang kami tandakan dan tick semua senarai nama peserta yang telah disembelih. Tetapi perlu difahami, pergerakan kami sangat pantas. Kami terpaksa bergerak dari satu kem ke kem yang lain dengan situasi jalan dan tempat yang sangat ekstrim. 4×4 pun terpaksa bergerak perlahan dek kerana jalan yang sangat teruk. Ada sesetengah tempat langsung tidak ada jalanraya. Hanya meredah semak-semak kering. Untuk mengambil gambar senarai penama diatas binatang korban pun adakalanya tidak sempat kerana para driver arab tidak henti-henti membunyikan hon dan mengarahkan kami supaya bergerak pantas demi mengejar masa yang sangat terhad. Arahan pihak keselamatan. Sebelum pukul 4 kami mesti keluar dari tempat tersebut.

3- Tak boleh ke maklumkan kami segera lembu dan kambing yang telah disembelih?. Memang kami nak sangat maklumkan. Tetapi situasi yang berlaku ialah beza waktu antara Malaysia dan Sudan ialah lebih 5 jam. Di Malaysia sudah masuk berehat, di sini masih rancak bergerak menyembelih. Sedang tuan puan rehat dan bertanya dah selesai ke belum, kami sendiri tak sempat untuk melihat telefon. Ditambah pula dengan line internet yang sangat terhad. Hanya apabila keluar ke kawasan pekan barulah ada line telefon. Itupun biasanya dengan lambang E ditambah dengan keletihan yang bersangatan menyebabkan kami tinggalkan sebentar telefon yang ada.

4- Habis tu masa dah rehat boleh tak hantar gambar-gambar tu?. Situasinya, dek kerana sumber tenaga yang sangat terhad, kami hanya serahkan kepada beberapa orang untuk team ambil gambar senarai nama pada binatang korban dan tick nama. Team tersebut juga terpaksa bergerak pantas dalam kelam kabut orang-orang afrika merebut dan melapah binatang tersebut. Bila dah masuk dalam kenderaan, semua mereka sudah keletihan. Untuk menghantar nama-nama yang sudah selesai terpaksa transfer, edit melihat senarai, menyusun kembali dan pelbagai teknikal yang sangat memakan masa. Ditambah lagi dengan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Balik penginapan, semua tumbang bagai binatang-binatang korban tadi?.

Itulah sebahagian sebab-sebab utama segala kesukaran yang terpaksa kami hadapi disini. Belum diceritakan lagi pelbagai karenah arab dan orang disini yang agak kasar dalam merebut binatang korban dan sebagainya. Tidak mengapa, kami faham kesukaran mereka sehingga mereka terpaksa kadang terkasar dengan kami. Maklumlah, bukan selalu dapat bantuan.?

Oleh sebab itu, kami memohon jasa baik para dermawan budiman untuk bersabar sedikit lagi. Kami sangat memahami semua dah terlalu serabut sangat dengan kuku dan bulu-bulu di badan. Kami sendiri pun belum sembelih lembu atau kambing untuk diri kami sendiri?. Tidak mengapa, perkara kecil. Amanah tuan puan lebih utama?.

Alhamdulillah, untuk hari pertama ini dengan cabaran yang ada kami telah selesai menyembelih sebanyak 132 ekor lembu. Agak sedikit kerana kami terpaksa bersama Gabenor Negeri dan gerombolannya pada pagi tadi. Yelah, masuk rumah orang semestinya dilayani bagai tetamu negara.. Untuk esok insyaAllah akan lebih banyak..

Apa yang kami boleh janjikan. InsyaAllah, dalam 3 hari termasuk hari ini, akan dihabiskan semua korban yang telah diamanahkan. Esok kami akan menyeberangi sungai Nil untuk masuk ke kawasan kem pelarian Salam untuk sedaya upaya menghabiskan baki korban yang masih berbaki..Doakan kami insyaAllah..

TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSAMA MENYUMBANG..SENYUMAN MEREKA SANGAT BERMAKNA..

Salam Aidil Adha Penuh Sayang
Al Faqir IM Fakhrul
Kinanah White Nile State
Sudan
5.07 pm
First day Aidil Adha


Video Korban & Wakaf Al-Quran di Afrika

“Dah Lama Tak Peluk Quran”

LANTAI DIPUKUL, ANAK KECIL INGIN BUKU

https://www.youtube.com/watch?v=a6XVDSua8XM

 

 

Di TV AlHijrah

Back To Top
×Close search
Search