skip to Main Content

Umat Islam memang senantiasa digalakkan untuk berzikir sebanyak-banyaknya kepada Allah subhanahuwa Ta’ala. Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingat Allah Subhanahu Wata’ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: Ayat 28)

“Dan laki-laki serta perempuanperempuan yang banyak berzikir mengingati Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al Ahzab: Ayat 35)

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah mengingati Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-42)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Dari Anas bin Malik Radiallahuahu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: halaqah-halaqah (kelompok) zikir.” (Riwayat Al Imam At-Termizi)

 

Setakat ini, Kursus Hafalan Doa & Zikir Pilihan ini hanya terbuka untuk para Muslimah (wanita) dewasa sahaja.


Apa Yang Akan Dipelajari

Para peserta akan mempelajari bacaan-bacaan zikir & doa pilihan bersama seorang Ustazah. Guru akan membimbing para peserta untuk membaca doa dan zikir tersebut dengan baik, di samping galakan untuk menghafalnya sekali. Setiap doa dan zikir disertakan sekali dengan makna dan fadhilatnya.

Seperti di dalam kelas pengajian hafalan Al-Quran, guru akan membantu semak bacaan dan hafalan doa dan zikir para peserta supaya dibaca dengan betul dan tepat. Di samping itu, para peserta akan diberikan panduan juga dalam bab akhlak dan adab-adab berdoa.

Para peserta akan membaca dengan betul (tidak secara langsung membiasakan lidah menyebut huruf-hurf hijaiyyah dengan betul dan tepat), serta memperdengarkan bacaan doa-doa dan zikir-zikir kepada guru.

Antara doa-doa dan zikir-zikir yang akan dipelajari dan dihafal ialah:

  • Zikir & Doa Umum
  • Doa bangun tidur
  • Zikir sejurus bangun tidur pada waktu tengah malam sebelum tahajud
  • Doa tahajud
  • Zikir selepas tasyahud akhir sebelum salam
  • Doa istikharah
  • Doa selepas mengambil wuduk
  • Doa selepas wuduk dan mandi
  • Doa memakai pakaian
  • Doa ketika membuka baju
  • Doa ketika keluar/memasuki rumah
  • Doa sebelum/selepas mamasuki/keluar tandas
  • Doa ketika menghadapi kesusahan dan urusan penting
  • Doa ketika dalam kesedihan
  • Doa ketika susah dan menghadapi situasi rumit
  • Doa ketika diganggu oleh syaitan
  • Doa ketika ditenggelami hutang
  • Doa dan zikir penawar ketika disengat ataupun dirasuk
  • Doa mendinding orang yang dikasihi daripada gangguan
  • Doa-doa mengubati sakit
  • Doa ketika berada di dalam majlis
  • Wirid-wirid selepas solat fardhu
  • Doa dan zikir Nabawi waktu pagi dan petang

dan lain-lain lagi….


 

TARIKH, WAKTU & TEMPAT

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

 

YURAN
Kursus digabungkan dengan Kursus Hafalan Surah & Doa/Zikir.
Yuran ialah $60/sebulan.


JANGKAMASA

Berterusan (seminggu sekali)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top
×Close search
Search