skip to Main Content

Status Kelas – 25hb March 2020

Assalaamu’alaikum,

Sepertimana yang telah digaris-pandukan oleh pihak pemerintah Singapura dan juga MUIS, semua pusat pembelajaran di bawah IECP (Islamic Education Centres & Providers) seharusnya ditutup bermula pada Khamis, 26hb March pada jam 11.59 malam, hingga pada akhir bulan April 2020.

Oleh itu, pembelajaran secara online adalah alternatif yang terakhir untuk meneruskan kursus-kursus pengajian Islam yang sedang berlangsung setakat ini.

Setiap kelas akan dimasukkan ke dalam Whatsapp group masing-masing oleh guru yang mengajar. Ini adalah untuk memudahkan komunikasi di antara pelajar dan guru, lebih-lebih lagi pembelajaran yang dilakukan secara online ini.

Bagi pelajar yang sedang mengikuti kelas, harap tunggu untuk dapatkan updates daripada guru masing-masing.

Terima Kasih 🙂
Wassalam

Za’iem Al-Hadi Bin Sallim
9.26pm, 25hb March 2020

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search