skip to Main Content
(+65) 9775-5552 info@alhadi.sg

Za’iem Al-Hadi Bin Sallim

Beliau adalah pengasas dan pengarah Al-Hadi Learning Centre & Ceramahislam.com. Memegang ijazah Diploma Syariah Islamiyyah dari Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Sijil Khatam Tahfiz Quran 30 Juzuk dari Darul Quran Singapura serta Diploma in Business dari Temasek Polytechnic. Bermula belajar agama secara tidak rasmi (informal) dengan beberapa asatizah tempatan, khususnya dari ayahnya, Ustaz Sallim Bin Jasman, serta Ustaz Dr. Firdaus Bin Yahya, Ustaz Dr. Jumadi Bin Mustar dan Almarhum Ustaz Syed Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri. Setelah selesai sijil pengajian Islam di Pergas dan tahfiz di Darul Quran Singapura, beliau mula mengajar sebagai guru tahfiz di Masjid Kg Siglap & Darul Huffaz. Beliau berguru secara khusus dengan Ustaz Dr. Jumadi Mustar di dalam bidang rawatan Islam; ruqyah syar’iyyah. Kemudian diberikan keizinan oleh gurunya untuk merawat dan mengajar di dalam bidang tersebut. Beliau mempelajari Bahasa Arab di Mesir dan sempat bertalaqqi secara khusus dengan Syeikh Dr. Muhammad Syed Sufti (bekas pensyarah di Universiti Al-Azhar dan di Arab Saudi), di dalam beberapa bab Fiqh dan Adab. Kini beliau sedang menyambung pembelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di dalam bidang Syariah.

Back To Top