skip to Main Content
(+65) 9775-5552 info@alhadi.sg

Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib dikeluarkan bagi golongan yang memenuhi syarat-syaratnya. Ia adalah salah satu dari syiar Islam yang sangat penting untuk ditegakkan. Mengingkari kewajipannya bermakna mengingkari salah satu rukun Islam.

Firman Allah subhanahu wa Ta’alaa:

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ، يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.” [Surah At Taubah: 34-35].

Firman Allah subhanahu wa Ta’ala lagi:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah Al-Baqarah: 277)

Sebahagian dari masyarakat kita masih lagi keliru tentang bab zakat. Ada yang menyangka bahawa zakat harta itu hanya dikeluarkan pada bulan Ramadhan sahaja. Ada pula yang menyangka bahawa zakat itu hanyalah zakat fitrah sahaja yang wujud. Ada juga yang mengetahui tentang kewajipan zakat harta, namun ia tidak pasti cara perkiraannya.

Maka itu, Bengkel Praktikal Zakat yang intensif ini bertujuan untuk membantu masyarakat untuk meningkat kesedaran mengenai kepentingan zakat serta cara-cara untuk membuat perkiraan bagi zakat-zakat yang utama dan biasa dikeluarkan oleh kebanyakan orang Islam di Singapura ini. Antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah:

– Kepentingan & pengertian Zakat di dalam Islam

– Kenapa perlu bayar zakat?

– Jenis-jenis zakat

– Cara membuat perkiraan bagi pengeluaran zakat harta; Zakat Simpanan – satu atau lebih dari satu account, Zakat Emas, Zakat Saham, Zakat Insurans & panduan terkini mengenai Zakat wang CPF.

– Zakat Fitrah

– Latihan perkiraan zakat

– Isu-isu yang berkaitan dengan zakat (isu semasa, kekeliruan mengenai zakat, cara qadha zakat yang lama tidak bayar, dan lain-lain lagi)

 

JANGKAMASA
1.5 jam x 3 sesi= 4.5 jam


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top