— Ceramah PERCUMA —

Menurut Imam Al-Ghazali رحمه الله, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Setiap manusia tidak akan pernah terlepas dan sering dibelenggu dengan sifat marah, lebih terdorong pada emosi dan akan bertindak mengikut apa yang dirasakan benar,namun perlu dikawal sifat tersebut agar tidak melampaui batas sehingga menimbulkan perselisihan faham antara satu sama lain.

Wanita terutamanya lebih dikaitkan akan perkara ini, kerana fitrah wanita itu lebih beremosi dan sensitif jiwanya. Hati wanita itu lembut tetapi apabila dicemari dengan sifat marah akan menjadikan hatinya keras.

sepertimana disebutkan didalam Hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

((لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ))
“Bukanlah orang yang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Ta’ala:
(يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89
“(Yaitu) pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (QS. asy-Syu’ara: 88-89).

Antara perkara yang akan dikongsikan:

– Apakah punca sifat marah?
– Pembahagian dan kesan yang buruk dari sifat marah.
– Bagaimana cara mengendalikan diri ketika sedang emosi?
– Tips untuk menghindari perasaan marah

InshaAllah ceramah yang ringkas ini dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

 

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam