Skip to content
9775-5552 | Subscribe for Priority Updates: Whatsapp / Telegram

— Ceramah PERCUMA —

Setiap orang pasti mengharapkan ianya lebih baik dari tahun tahun yang lalu.

Allah telah berjanji akan hapuskan segala dosa-dosa bagi mereka yang benar-benar ingin kembali kepadaNya.

Bagi golongan Wanita yang masih mencari jalan untuk bertaubat dan menuju ke hadrat ilahi… Jadikanlah peluang kali ini sebagai titik permulaan untuk lebih mengenali Tuhan serta menggapai redha-Nya. Tiada istilah terlambat kerana Allah telah menjanjikan yang pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk semua hamba-hambaNya.

Banyak cabaran yang timbul untuk golongan sebegini. Antaranya ialah tidak tahu mana untuk mencari dan bertanya, disindir & diperli oleh sahabat handai, tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk bertaubat, tidak ada hala tuju dan bimbingan yang lengkap untuk memperbaiki diri selepas bertaubat, dan lain-lain lagi.

– Apakah cara-cara bertaubat dengan sebenar-benarnya?
– Apakah langkah yang harus dilakukan selepas itu?
– Apakah saya akan kehilangan kawan apabila ingin kembali ke jalan yang diredhai?
– Apakah cara yang paling baik untuk menghilangkan rasa malu untuk berubah?

Dengan itu, Al-Hadi Academy akan mengadakan ceramah ringkas untuk menjawab segala pertanyaan diatas.

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top