— Kelas PERCUMA —

..Berpesan-pesan Amalan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam

Dalam kehidupan seharian masa kini,manusia semakin kurang peka dan mengambil ringan akan keadaan sekeliling. Seperti contoh,cepat menghukumi,memandang rendah dan tidak ingin menerima nasihat.

Antara perkara paling utama yang harus dirujuk kembali pada diri adalah hati,kerana dengan hati dapat mencerminkan peribadi.Oleh itu amat penting bagi seorang mukmin dalam mengingatkan antara satu sama lain sepertimana Allah Ta’ala berfirman :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَان’

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. “

Gambaran sifat seorang mukmin adalah akhlaqnya antara satu sama yang lainnya,tidak saling dengki,iri hati dan hasad,tidak curang dan khianat,tidak memberikan julukan buruk,merendahkan dan tidak mendatangkan perpecahan dan permusuhan.

In sya Allah dalam 9 sesi ini akan dikongsikan bersama:

-Bagaimana mendidik hati dalam memberi dan menerima teguran?
-Dua bentuk dugaan yang Allah berikan terhadap mukmin sebenar.
-Mencari hikmah dalam musibah.
-Sejauh manakah sudah bergantung harap hanya pada Allah?

 

Tiada yuran pengajian dikenakan namun perlu berdaftar dan membayar untuk sekali bayaran sahaja bagi kos buku. Sumbangan derma ikhlas anda sangat-sangat dialu-alukan untuk membantu kami menampung kos penyelenggaraan pusat kami.

Pendaftaran adalah wajib disebabkan tempat yang terhad serta memudahkan pengurusan kami untuk memaklumkan kepada para peserta melalui SMS sekiranya tiada kelas pada hari tertentu.


Tempat Pengajaran
:

Al-Hadi Learning Centre,
80 Changi Rd, Centropod@Changi,
#03-06, Singapore 419715

Peta dan cara ke sana: www.alhadi.sg/location


PENDAFTARAN

Daftar secara online –> http://www.alhadi.sg/register

atau ke pusat kami pada waktu pejabat (9am-6pm) di:

Al-Hadi Learning Centre,
80 Changi Rd, Centropod@Changi,
#03-06, Singapore 419715

Peta dan cara ke sana: www.alhadi.sg/location

Sumbangan ikhlas derma anda sangat dialu-alukan..

Pertanyaan?

Sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam