— Bengkel PERCUMA —

Doa adalah senjata orang yang beriman,doa adalah hubungan antara hamba dan tuhan.Kekuatan berdoa tiada siapa yang mampu menafikannya. Allah sendiri suka mendengar rintihan dan pengharapan dari hamba-hambanya dan itu adalah salah satu tanda bahawa Dia sangat merindukan makhlukNya.

Sepertimana Allah telah berfirman:
” وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ” [البقرة :۱۸٦ ]

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Banyak pendedahan tentang doa dan zikir telah diketengahkan masa kini namun pemilihan yang tepat agak sukar dibuat. Selain itu adab-adab dalam berdoa juga harus diterapkan kerana bukan sahaja dengan mengharapkan mustajab sesuatu doa itu tanpa menjaga akhlak dengan penciptaNya.

Antara isu yang akan dikupas dalam 2 sesi ini:
-Kepentingan berdoa & berzikir
-Adab-adab dalam berdoa
-Waktu-waktu mustajab
-Contoh-contoh doa dan zikir yang boleh diamalkan

 

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam