Bahasa merupakan satu wadah dimana manusia dapat berinteraksi antara satu dengan yang lain. Tanpa mempelajari sesuatu Bahasa dengan betul ia diibaratkan seperti perbualan antara ayam dan itik di mana tidak dapat difahami apa yang ingin disampaikan.

Antara bahasa-bahasa yang dapat dipelajari contohnya, selain bahasa Inggeris adalah bahasa Arab. Sepertimana yang diketahui bahasa Arab merupakan bahasa yang mudah difahami dan mententeramkan jiwa, apatah lagi jika ia berkaitan dalam memahami makna ayat-ayat Al-Quran.

Selain itu juga dengan mempelajari bahasa Arab sedikit sebanyak dapat memudahkan seseorang itu dalam menghafal, memahami dan mengamalkan isi Al-Quran itu sendiri, serta mendatangkan perasaan khusyuk didalam solat.

Kali ini Al-Hadi Learning Centre akan memberi ruang dan peluang bagi sesiapa yang berminat dalam mempelajari Asas Bahasa Arab dengan secara santai dan interaktif. Dalam pembelajaran akan disertakan aktiviti-aktiviti seperti: dialog, lakonan, perbualan dan macam-macam lagi.

Antara yang akan dipelajari dan dikongsi bersama :

-Kosakata-kosakata mudah yang sering digunakan
-Istilah-istilah dan ucapan-ucapan seharian
-Kata ganti diri dan sebagainya
-Memahami makna-makna didalam doa dan zikir pilihan

Insha-Allah berbekalkan semangat dan usaha sama-sama akan mendapat manfaatnya.

 

YURAN (12 sesi – seminggu sekali)
– Yuran kursus: $60 x 3 bulan
– Nota, administrasi & sijil: $20


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 12 sesi= 18 jam


SYARAT KEMASUKAN
– Dewasa (Wanita)
– Mampu mengenal dan membaca huruf-huruf bahasa Arab


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
Al-Hadi Learning Centre,
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#05-17/#03-06, Singapore 419715
Sila lihat peta di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Di Peta


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam