skip to Main Content
(+65) 9775-5552 info@alhadi.sg

— Kelas PERCUMA —

 
Surah As-Sajdah merupakan antara surah-surah lazim yang menjadi wirid dan amalan harian mahu pun selepas solat ataupun di masa lapang. Di dalam hadis yang shohih, Nabi ﷺ membaca Surah As-Sajdah pada solat Subuh pada hari Jumaat:Bukhori (891) dan Muslim (880) meriwayatkan dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْجُمُعَةِ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ (الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ) وَ )هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِينٌ مِنْ الدَّهْرِ

“Bahwa Rasulullah ﷺ biasanya membaca pada shalat subuh di hari Jum’at surah as Sajdah dan surah al Insan”.

TIADA BAYARAN dikenakan untuk kursus ini namun ‘Tabung Derma Bergerak’ akan dijalankan untuk membantu kami menyelia kos-kos operasi pusat kami yang tinggi setiap bulan.
 
 
Cara Kursus Dijalankan
Pada setiap kelas, pelajar-pelajar akan membaca bersama dengan panduan guru dengan bacaan secara bertajwid dari awal Surah tersebut. Setiap sesi akan dibaca dalam satu mukasurat.
 
Guru akan membaca lalu para pelajar ikut secara ramai-ramai. Guru juga akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku bagi setiap ayat, sambil tunjuk ajar mengenai cara bacaan yang betul dan tepat menurut hukum hakam tajwid.
 
Teori hukum-hakam tajwid tidak diberikan penekanan di dalam kursus ini.
 
*TIADA peruntukan bacaan bagi setiap pelajar secara persendirian untuk kursus ini. Maka para pelajar akan baca secara beramai-ramai.*
 
Tarikh, Waktu & Tempat

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top