– Peringkat Asas Dari Pengenalan & Sebutan Huruf –

kelas-suliza-asas-mengaji-1200

Islam sangat menganjurkan supaya setiap orang beriman sentiasa membaca, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.

Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Antara fadhilat yang pernah disampaikan oleh Rasulullah ﷺ ialah (yang bermaksud):

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

 

Kursus ASAS Mengaji – Modul 1

Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 ini adalah untuk lelaki & wanita  yang baru hendak mula baca Quran, atau dah lama tidak mengaji dan sudah hampir lupa sebutan huruf-huruf hijaiyyah.

InshaAllah para pelajar akan pelajari dari peringkat asas pengenalan huruf-huruf hijaiyyah, bacaan secara bertajwid dengan makhraj yang betul, hinggalah kepada latihan-latihan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Antara topik-topik untuk Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 yang akan diajar ialah:

  • pengenalan huruf-huruf hijaiyyah,
  • cara membaca huruf berbaris atas, depan dan bawah
  • mengenal huruf bersambung dan cara sebutannya — ** Sangat Penting!**
  • mengenal tanda-tanda yang memanjangkan bacaan
  • mengenal dan cara membaca tanwin
  • mengenal dan cara membaca huruf-huruf mati
  • mengenal dan cara membaca huruf-huruf bertaysdid/sabdu
  • mengenal dan cara membaca Alif Lam At-Ta’rif
  • hukum membaca lafaz Al-Jalalah
  • cara membaca Hamzatul Wasal
  • cara berwaqaf
  • cara membaca huruf-huruf muqatta’ah
  • hukum nun mati dan tanwin
  • hukum mim mati

Kursus ini akan menggunakan kaedah buku sistem Al-Hira’ dari Malaysia.

Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 ini mengambil masa 16 sesi. Kebanyakan kelas kami ialah seminggu sekali, tetapi ada yang lebih kerap dari itu.

 “Kaedah Al-Hira – 24 Jam Boleh Membaca Al-Quran”

  • Telah dikaji dan diuji selama lebih 10 tahun (2005 – 2014)
  • Lebih 1000 orang dewasa yang belum boleh membaca Al-Quran telah berjaya membaca Al-Quran sebelum 24 jam
  • Lebih 10,000 pelajar yang buta huruf Al-Quran telah berjaya membaca Al-Quran dengan baik menggunakan kaedah Al-Hira’.
  • Berbagai testimoni telah dijalankan samada kerajaan/Swasta telah berjaya
  • Kaedah Al-Hira’ telah diajarkan kepada guru-guru kami di Al-Hadi Learning Centre dan telah mendapat pengtauliahan mengajar menggunakan sistem Al-Hira’ ini.

Sekiranya para pelajar tekun belajar dan bersungguh-sungguh dengan latihan membaca (termasuk di rumah), inshaAllah pelajar boleh sekurang-kurangnya mampu membaca Al-Quran, walaupun dalam keadaan merangkak.

Bergantung kepada keupayaan pelajar masing-masing, ada yang mampu membaca Quran dengan lancar selepas jangkamasa tersebut. Namun semua ini bergantung kepada banyak faktor. Lain pelajar lain kebolehannya.


 

TARIKH, TEMPAT & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


KURSUS

Kursus ASAS Mengaji – Modul 1


YURAN

$260 (untuk keseluruhan 4 bulan kursus, buku, pendaftaran & sijil)


UNTUK

Lelaki & Perempuan Dewasa (15 tahun ke atas)


YURAN

$260 (untuk keseluruhan 4 bulan kursus, buku, pendaftaran & sijil)


PEMBIMBING

1) Ustazah Suliza Bte Sulaiman
2) Ustazah Raja Noor Hidayah Binte Raja Abd Rahman
3) Ustazah Nur Suhailah Binte Watib Al-Hafizah
4) Ustazah Mardhiah Binti Abdul Malek Al-Hafizah
5) Ustazah Maryam Binte Munain
6) Ustazah Zarifah Bte Abdul Rahman
7) Ustaz Muhammad Muzakkir Bin Md Ahzman


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Maklum Balas Pelajar-Pelajar Yang Lepas

“Asslm. Ustazah Suliza is a good teacher. She teach with passion & patience. I learnt a lot of new knowledge and realised that so much mistake I hv done when reciting Quran. Thank you.”

– Kursus Asas Mengaji

“Kursus diadakan di tempat yang mudah untuk kami menghadiri kelas. Bilik kelas juga amat selesa.Kaedah Al -Hira senang untuk kami faham dan ustazah Zarifah seorang yang penyabar. Cara dia mengajar amat menarik, terang dan tidak membosankan. Terima kasih :)”

Kursus Asas Mengaji

“She (Ustazah Nur Suhailah Watib) has been a wonderful ustazah to the class. She been very patience to her students, making sure that every student understand and leave the class with a little bit of knowledge. She has a good interaction with her students. AWESOME USTAZAH!”

Kursus Asas Mengaji

“Sabar, jelas penerangan, banyak ulang baca , seorang ustazah (Nur Suhailah Watib) yg ceria”

Kursus Asas Mengaji

“Kursus seterusnya selepas asas mengaji. Harap ustazah Zarifah dapat membimbing kerana saya berpuas hati dengan cara ustazah mengajar.”

– Kursus Asas Mengaji

“Harap Ustazah Zarifah dapat mengajar kelas lanjutan Al-Quran. Cara ustaza mengajar dan penyampaian sangat jelas dan mudah difahami.”

– Kursus Asas Mengaji

“Sangat baik untuk diteruskan untuk peringkat seterusnya dengan ustazah yang sama.”

– Kursus Asas Mengaji

“Kursus harus dilanjutkan ke peringkat seterusnya supaya pelajar dapat lebih manfaat dan bertambah lancar membaca Al-Quran.”

– Kursus Asas Mengaji

“Harap adakan kursus sambungan supaya dapat lancer membaca Quran dengan mudah. Dan harap dapat kursus lanjutanyang dibimbing dengan guru yang sama.”

– Kursus Asas Mengaji

“Ustazah amat prihatin & sabra dalam mengajar kami. Kami suka dengan penampilan dan cara ustazah mengajar kami. Terima kasih.”

– Kursus Asas Mengaji

“Ustazah yang berpengalaman dan penyabar.”

– Kursus Asas Mengaji

“Alhamdulillah kursus ini mmg bagus untuk yg asas. Cara guru yg mengajar sangat baik dan senang memahami”

– Kursus Asas Mengaji

“Ustazah (Nur Suhailah Watib) is patient and observant. She follows our pace and constantly gives guidance.”

Kursus Asas Mengaji

“Alhamdulillah, banyak dapat dipelajari dan dapat diperbaiki dari segi bacaan saya. dulu macam ingat baca saya ni okay je, tapi rasa Alhamdulillah sangat Allah gerakan hati daftar kelas ni, sebab macam banyak benda dah teroverlook :-)”

– Kursus Asas Mengaji

“Sangat berkesan dan membantu saya mengaji dari peringkat asas. Ustazah memastikan semua dalam kelas dapat mengikuti kelas setiap minggu sebelum beralih ke bab yang seterusnya. Kelas yang tidak besar juga membantu dalam pembelajaran”

– Kursus Asas Mengaji

“Cara pengulangan yg digunakan agak baik. Namun ada juga pelajar yg kurang mrnggarap pelajaran yg diajar.”

– Kursus Asas Mengaji

“Alhamdullilah dapat faham dan jelas cara mengajar”

– Kursus Asas Mengaji

“Sangat memuaskan. Ustazah Suliza penyabar dan dapat membantu saya dengan baik. Saya dan kakak sangatlah bersyukur atas adanya kelas ini Dan sekarang module dua juga. Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.”

– Kursus Asas Mengaji

“Sesuai utk pekerja Yg berkerja shift seperti saya.Masa 1jam 1/2 sessuai. Adult learner in slow phase sangat sesuai utk saya. Ustazah sulizah tidak beri tekanan, I feel not stress she good,she teaches us in calm way but lively with jokes sometimes”

– Kursus Asas Mengaji

“Cara and teknik pengajaran sangat efektif. Ustazah yang amat penyabar and mendorong! Beliau juga sangat baik hati kerana menghantarkan rakaman bacaan tiap minggu. Harap dapat membuat kelas 2 jam supaya lebih masa untuk practice dengan ustazah.”

– Kursus Asas Mengaji

“Easy to follow and understand”

– Kursus Asas Mengaji

“Senang dan mudah difahami. Ustazah sabar dengan murid. Bacaan perseorangan membantu murid membaca dgn betul.”

– Kursus Asas Mengaji

“Alhamdulillah … Kursus ini sangat membantu bagi saya dan banyak hal( ilmu ) yg saya dapat di dalam nya Jazaakallahu khairan atas ilmu nya semoga berkah dan bermanfaat.”

– Kursus Asas Mengaji

“Seronok walaupon cuma 4 org saja di tambah dgn ustazah yg baik yg faham dengan karenah pelajar2 yg agak susah dalam memahami dan megenal huruf.”

– Kursus Asas Mengaji

“Amat baik dan bersesuaian terutama sekali untuk pelajar yg bekerja dan suri rumah yg inginkan ‘refresher course’.”

– Kursus Asas Mengaji

“Modul yang teratur dan cara pengajaran yang santai dan mudah difahami.”

– Kursus Asas Mengaji

“ustazah yg amat prihatin pada murid2 yg lambat dan memastikan yg semua murid2 dapat faham dan dapat membaca dengan lancar.”

– Kursus Asas Mengaji

“Saya berpuas hati dgn ustazah suliza yang mengajar saya itu. Kursus asas mengaji dapat membantu saya yang kurang pengetahuan tentang sebutan yang betul.. Alhamdulillah sekarang saya dpt membetulkan kesalahan sebutan saya . Terimakasih”

– Kursus Asas Mengaji

“Enjoyed it tremendously. Ustazah friendly and understanding. We feel encouraged to do our best. It’s so good I’ve even recommended friends to sign up and some of them are currently doing Module 1. Alhamdulillah”

– Kursus Asas Mengaji

“Alhamdulillah.. Saya bersama anak saya cukup senang dgn ustazah suliza. Dgn penerangan yg cukup jelas & fun.. Always looking fwd for the following classes.. Shabas…

– Kursus Asas Mengaji

“SAYA Rasa Ustaza , Memang banyak sabar bila mengajar kita semua .Kurus ni memang bagus sekali Ustaza mengajar kita sampai kita faham. Alhamdulillah sekarang saya dah kenal huruf.Aminsaya”

– Kursus Asas Mengaji

“Ustazah sabar mengajar pelajar yang berumor dan ajar sampai saya betul baca. Ustazah Suliza is an asset to Ceramah Islam. Thanks Ceramah Islam for making me able to read Quran.”

– Kursus Asas Mengaji

“Alhamdulillah suka dgn cara mengajar Ustazah Suliza Sulaiman dah saya skrg menyambung Asas Mengaji Module II bersama Ustazah Suliza juga.”

– Kursus Asas Mengaji

“Cara mengajar sangat jelas dan mudah. Alhamdulillah, sekarang dah boleh membaca Al-Quran.”

– Kursus Asas Mengaji

“sangat memuaskan… ustazah Sulizah sangat penyabar dan membuat kami semua selesa dan dapat menangkap ilmu dengan mudah”

– Kursus Asas Mengaji

“I enjoyed the first module very much. Ustazah is very helpful and makes me feel very comfortable. She’s also approachable and has a good rapport with everyone :)”

– Kursus Asas Mengaji