– Penerapan Aqidah Di Dalam Kehidupan Seharian –

– Versi Remaja ūüôā –

Aqidah Islam bermakna kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan secara pasti dan tanpa keraguan. Aqidah merupakan risalah utama para Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia semuanya.

Semua para Rasul diperintahkan untuk menyeru kepada keimanan dan pengabdian kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Ianya merupakan perkara pokok dan yang paling penting dalam Islam. Aqidah juga merupakan asas bagi pembinaan iman dan benteng yang kukuh bagi memelihara seorang Islam daripada unsur-unsur kepercayaan yang menyeleweng dan menyesatkan.

‘Kursus Asas Aqidah – Penerapan Di Dalam Kehidupan Seharian’¬†versi remaja akan membincangkan perkara-perkara yang paling asas dan wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Di samping itu, para peserta akan diajar juga cara-cara penerapan aqidah di dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.¬†

Secara umumnya, remaja menempuh berbagai rintangan dan masalah di dalam dunia ini, seperti:

  • Masalah¬†dengan kawan-kawan
  • Masalah dengan ibu bapa
  • Masalah kesihatan
  • Masalah pembelajaran
  • Masalah kewangan
  • Masalah pergaulan dengan sesama manusia

dan lain-lain lagi..

Semua masalah di dalam dunia ini boleh diatasi dan dikawal melalui keimanan yang kukuh kepada Allah. Insha-Allah kursus ini akan dapat membantu seseorang untuk menguatkan keimanannya kepada Allah.


Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Baru ingin¬†kembali kepada Islam, atau
  • Belum pernah belajar subjek aqidah/tauhid secara tersusun, atau
  • Ingin mengulangkaji bab Asas Aqidah,

dan lain-lain lagi..


Apa Yang Akan Dipelajari?

  • Asas Aqidah mengenai rukun Iman, rukun Islam, sifat-sifat Allah dan lain-lain lagi.
  • Cara penerapan aqidah di dalam kehidupan seharian kita – Setiap masalah yang kita hadapi di dunia ini boleh diatasi dengan asas keimanan yang kukuh terhadap Allah.


YURAN ASAS AQIDAH (8 sesi)
– Yuran kursus: $100 ($50 x 2 mths)
– Buku: $10
РKeseluruhan= $110


TARIKH & MASA

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 8 sesi= 12 jam


SYARAT KEMASUKAN

Remaja РLelaki & Wanita (13-17 Tahun)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
Al-Hadi Learning Centre,
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#05-17/#03-06, Singapore 419715
Sila lihat peta di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Di Peta

 

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam