skip to Main Content
(+65) 9775-5552 info@alhadi.sg

Anak Luar Taraf

Sekiranya seorang lelaki dan wanita berzina dan mendapat anak, anak tersebut dianggap sebagai anak luar taraf (luar nikah), maka tidak boleh dinasabkan kepada ayah biologikalnya. Tetapi nasabnya kepada ibunya diiktiraf sebagai ibu kandung dan anak kandung yang sah.

  • Jika mereka berdua bernikah selepas itu, anak yang lahir hasil dari persetubuhan perzinaan (iaitu sebelum akad nikah) tersebut adalah berstatuskan anak tiri si lelaki, tetapi tetap dianggap sebagai anak kandung kepada ibunya. Untuk mudahkan kefahaman, kita namakan anak tersebut sebagai Siti. Oleh itu, Siti adalah mahram kepada ayahnya biologikalnya sebagai anak tiri. Maka, Siti boleh bersalaman dengan ayah tirinya tanpa membatalkan wuduk.

 

  • Sekiranya mereka mendapat anak lagi dan dinamakan Ahmad sebagai contoh (kali ini hasil daripada persetubuhan yang sah setelah pernikahan), maka Ahmad adalah: 1) anak kandung kepada ibu dan ayah 2) adik beradik seibu dengan Siti. Maka Ahmad dan Siti adalah mahram, maka boleh bersalaman tanpa membatalkan wuduk.

 

  • Jika dikurniakan anak yang ketiga, yang dinamakan Zul, maka Zul adalah: 1) adik beradik kandung dengan Ahmad dan 2) adik beradik seibu dengan Siti. Maka Zul dan Siti adalah juga mahram, maka boleh bersalaman tanpa membatalkan wuduk.

 

Ketika Siti Ingin Berkahwin…

  • Ketika Siti ingin bernikah, ayah biologikalnya (iaitu ayah tirinya) TIDAK BOLEH MENJADI WALI kepadanya. Pernikahan ini wajib diserahkan kepada wali hakim. Dalam konteks Singapura, wali hakim sekarang ini ialah Kadi (bukan naib kadi). Maka ayah tiri atau ibunya Siti wajib beritahu kepada pejabat kadi di ROMM mengenai situasi ini. Sekiranya diberitahu, alhamdulillah. Pernikahan akan dijalankan mengikut syara’, dan sahlah pernikahan tersebut (dengan berwalikan wali hakim).

 

  • Sekiranya tidak diberitahu dan ayah tirinya menjadi wali juga, maka pernikahan itu sebenarnya tidak sah menurut syara’. Namun, sekiranya Siti dan suaminya tidak mengetahui, maka mereka berdua tidak berdosa.

 

  • Persetubuhan yang dilakukan oleh Siti dan suaminya dikira sebagai persetubuhan syubhah. Siti dan suaminya tidak berdosa kerana tidak mengetahui hal sebenar. Jika dikurniakan anak, anak tersebut masih tetap dianggap sebagai anak mereka berdua yang sah, iaitu dinasabkan kepada ayah dan ibunya.

 

  • Sekiranya ayahnya Siti bertaubat selepas beberapa tahun, lalu memberitahu kepada Pejabat Pernikahan mengenai hal yang sebenar, maka pernikahan Siti perlu dibatalkan dengan segera, dan dinikah semula dengan akad yang baru.

 

Implikasinya:

  • Anak-anak Siti yang lahir hasil daripada persetubuhan syubhah tersebut masih tetap dianggap sebagai anak-anak yang sah, maka boleh dibinkan kepada ayahnya.

 

  • Jika ayah dan ibu Siti masih menyorokkan hal yang sebenar, mereka berdosa kerana melakukan perbuatan yang dilarang di dalam Islam, iaitu mengaku sebagai wali kepada anak luar taraf sedangkan ianya bukan wali yang sah. Ianya menyebabkan pernikahan tersebut tidak sah.

 

Untuk rujukan dan bacaan tambahan, sila klik pautan di bawah:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan 

http://www.sppim.gov.my/pdf/panduan/fatwa_munakahat-2013.pdf

 

Wassalam
Za’iem Al-Hadi Bin Sallim
26th Oktober 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top